Do Re Mi Reloaded !

June 10, 2009

Babak 1: Pinjam wang dari Tailong

Bapak: hey bro, gua mau mintak tolong ah…

Ah long 1: Berapa lu mau?

Bapak: $1000 aje la

Ah Long 1: Boleh boleh. Bunga $200.

Ah long 2: beri duit.

Babak 2: Berjudi – Kalah lagi

Di kasino…

Bapak: Takda untung la niari… (jalan)

Bapak: Alamak! Mati la ku bila balek nanti!

Babak 3: Tailong dan orang HDB datang

Ah long 1: Cian cai na li?? (Mana duit??)

Orang HDB: Puan oh puan. Bila nak bayar duit rumah? Saya pun nak makan.

Mak: Maaf ah pek, cik. Duit belum masuk. Boss saya coma sepuluh hari cik. Ape boleh buat. Dah naaaasib badan. Cobaaaaan… Saya bayar esok boleh?

Ah long 1: (pondan) U lawa la. I kasi sampai esok ok?

Orang HDB: Boleh… boleh belah!

Babak 4: Bapak balik cari duit dan gadoh dengan mak

Bapak: (menggeledah rumah)

Mak: cik abang oi, carik ape tu?

Bapak: err err… sibuk aje lah

Gadoh gadoh….

*pause*

Anak: Gadoh nampak, gadoh nampak…

Anak: Ahh… gegerl ada idea! Ape kata…. (tarik telinga dan berbisik)

Bapak: Paaandai anak bapak.

Babak 5: Anak pergi jumpa datuk dan nenek

Tempat datuk…

Anak: (nangis) atok… mak… mak… mak dah mati!!! L

Atok: Ape?! Mak dah mati??!! (nangis sikit) *garang* Abeh ape kau nak?

Anak: err… nakk… (tunjuk tangan) (sambung nangis)

Atok: huh?? Nak (tunjuk tangan)??(sambung nangis) Kau fikir aku cap duit? Gi mintak nenek kau!

Anak: Tak kasi rahsia bocor ahhh…

Atok: Amek ni gi main jauh2…

Anak: Ni aje? Tok… girl tok lawa laa…

Atok: Girl tok lawa eh… hmm… nanti tok amek duit lagi.

Anak: Rahsia tutup ahhh…

Tempat nenek…

Nenek: Ape lagi yang kau nak ah? Tak habis-habis nak menyusahkan aku.

Anak: (nangis) nenek… bapak… bapak… bapak dah mati!!! L

Nenek: (terperanjat kemudian nangis) Abeh kau datang sini buat ape?

Anak: Nak mintak du…du…duit… (sambung nangis). Kain kafan dah naik harga. Sebelum mati bapak kempunan pakai kain sutera cap gajah.

Nenek: bapak kau kempunan?? Alahai kesiannya… Nah amek duit ni… Kalau tak sempat jadi baju, jadi kain kafan pun jadilah…

Anak jalan balik…

Babak 6: Datuk dan nenek datang ke rumah – Siapa mati dulu?

Datok datang rumah…

Datok: Senyap aje rumah… cakap ada orang meninggal.

Datok: Gegerl… oh gegerl!

Anak: Ya tok!

Datok: mana jenazah mak kau?

Anak: err…errr…

Nenek datang.

Nenek: Assalamualaikum. Eh gegerl, mana jenazah bapak kau?

Datok dan nenek gadoh…

Datok: Kalau tak percaya.. pegi tengok kat dalam!

Nenek: Ok mari!

Masuk bilik…

Nenek: Huh?! Dua-dua dah mati?!! Tengok, ni semua awak punye pasal!

Datok: Eh! Ape saya pulak. Saya yang tak bersalah ni…

Nenek: Okay takpe… Sesiapa yang boleh beritahu siapa yang mati dulu akan saya hadiahkan $1000.

Mak dan bapak: (bangun dan bergaduh) SAYA YANG MATI DULU!

Nenek: Oohh aku tua-tua gini korang nak tipu ehh… Pantang nenek moyang aku kena tipu!

Datok: Hmph!

Nenek dan datok keluar…

Babak 7: Orang mati bangun balek

Tok Bilal, Ah Long dan orang HDB datang

Bilal: Assalamualaikum. Mana jenazahnya? Tadi cakap ada orang meninggal.

Nenek: Tadi memang ada, tapi tok bilal, orang mati dah bangun balek.

Bilal: huh??? Mati bangun balek? HANTU! LARI!!!

(Bilal dan geng lari dengan keranda)

Babak 8: Disko!

Mak: memandangkan rancangan kita tidak menjadi, kau akan didenda.

Bapak: Dendanya ialah…

Anak: It’s Disco Time!

*Lampu*

Semua: Pok pok pok… bujang lapok…

*berhenti sebentar*

Anak: Joget nampak… joget nampak…

Tok Bilal: Astaghfirullahalazim!

Terima kasih!

Mesej: Jangan malas berusaha untuk mencari rezeki sendiri tanpa bantuan orang lain

hello kawan- kawan!

June 10, 2009


Kami, kumpulan 5 dari Perkampungan Bahasa dan Budaya 2009, baru sahaja mereka blog baru untuk meletakkan skrip kami sebentar lagi.

Kumpulan kami bernama Labu Labi and the Minah-s. Hehe. Mungkin awak semua tertanya-tanya kenapa nama kumpulan kami macam gini. Hmm.. ini kerana kumpulan kami ada dua lelaki sahaja. Pemuda acara kami ialah Kak Hafizah dan Kak Munirah.

Kami disuruh membuat skrip berdasarkan cerita yang kami tonton, ‘Do Re Mi’.(Sebab itu gambar atas di lelaman ini menunjukkan ‘Do Re Mi’. Nampak tak?)

Tunggu ya, skrip kami akan ada di sini sebentar lagi! (:


-Syazana, Sabrina, Shahirah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.